RUANGAN IKLAN UNTUK DISEWA

"

Selasa, 4 Disember 2012

TAK TAHU, TAK PANDAI, MALAS ATAU SENGAJA TAK HIDUPKAN?

memandu‑ketika‑hujan.jpg
Cerita pasal hujan lagi. Memandu semasa hujan sememangnya merbahaya jika tidak waspada, kurangnya panduan keselamatan dan mengharapkan timbang rasa pada orang lain semata-mata. Ianya boleh diibaratkan seperti memandu pada waktu senja. Nak kata malam tu mungkin gelap sangat kerana memandu pada waktu gelap (malam - pagi) adalah cabang yang akan saya ceritakan kemudian.

Sambung cerita tadi. Waktu hujan memang banyak dugaannya kerana ia adalah rezeki yang diturunkan kepada kita. Untuk mencari rezeki itu kita perlu bergerak dari satu tempat ke satu tempat sama ada jauh atau dekat. Tetapi untuk bergerak ke satu-satu tempat itu,
- adakah kita memandu?
- adakah kita menumpang?
- adakah kita menaiki kenderaan awam?
- adakah kenderaan lain yang dipandu secara selamat? dan paling penting sekali,
- adakah kita selamat?

Di sini saya berminat nak bercerita pada kisah semasa memandu pada waktu hujan dan bukan baru nak memulakan perjalanan kerana semasa memandu tiba-tiba hujan turun. Jika baru memulakan perjalanan semasa hujan biasanya kita masih segar dan masih mampu mengingat semua benda. Bila kita dalam perjalanan dalam waktu hujan faktor utama yang kita cari adalah cahaya lampu. Terutama sekali adalah pada waktu hujan lebat. Saya tahu anda semua pun banyak pengalaman jika nak dibandingkan dengan saya yang hanya baru 7 ke 8 tahun memandu.

Selalu saya perhatikan kebanyakan dari kita pada saya terlalu kedekut untuk menyalakan lampu kenderaan mereka. Sebab itu tajuknya "TAK TAHU, TAK PANDAI, MALAS ATAU SENGAJA TAK HIDUPKAN?" kerana nak kata tak tahu atau tak pandai adalah perkara yang amat mustahil bagi seseorang pemandu yang memiliki CDL (Lesen Memandu Kompeten (Penuh)) dan bukan lesen terbang. Kebiasaannya orang yang pengalaman memandunya lebih dari 10 tahun sudah pasti mengetahui akan hal ini kerana 'pengalamankan mengajar erti kehidupan'. Bagi yang lebih 5 tahun dan kurang 10 tahun pengalaman yang biasanya ingat-ingat lupa dan boleh dikategorikan SENGAJA TAK HIDUPKAN. Kurang dari 5 tahun ini boleh saya kata sebagai PEMALAS kerana mereka ini fresh graduate daripada JPJ kerana dengan pengalaman lesen percubaan (P) selama 2 tahun dan CDL baru 3 tahun adalah mustahil mereka ini terus melupakan apa yang telah mereka dilatihkan.

Berikut adalah contoh lampu yang boleh dinyalakan sewatu memandu dalam hujan.
Lampu kabus / Fog lamp
Lampu Malam

Lampu Senja
Lampu belakang
Jangan terlalu kedekut untuk menghidupkan lampu kenderaan semasa hujan anda kerana ini kan membahayakan diri anda sendiri. Pesanan dari saya, "Pastikan pemandu lain nampak akan kenderaan yang anda pandu dan kita sentiasa nampak atau peka dengan kenderaan di sekeliling".

Dengan adanya ilmu ini anda akan dapat pengetahuan serba sedikit yang dapat membantu pemanduan selamat semasa waktu hujan. Sekian.

Tiada ulasan: